Sila Lawati Laman Rasmi Web Jati

Laman web JATI telah mula beroperasi! Sila tekan butang ‘like’ sebagai menandakan sokongan anda kepada perjuangan IMR! Ayuh Kita Bersama!

www.jatimalaysia.org

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Subscribe to Comments RSS Feed in this post

17 Responses

  1. Saya berumor 65, berkecinpung di dalam UMNO sekian lama. Terasa hendak pindah ke parti Islam, tapi tidak sekali kepada PAS, kerana presiden nya Haji Hadi, mengkafirkan orang UMNO, yang di sokong oleh pengikut nya. Sementelah lagi sekarang PAS bersekonkol dengan DAP & PKR. Kedua saya makin tak senang dengan pemimpin UMNO yang angkuh & riak dengan kekaya’an yang tak sepadan dengan pendapatan. Oleh itu saya sokong & mendokong pertubuhan JATI. Semoga nawaitu yang baik, Dato Dr.Hassan Ali dan rakan2, di restui Allah SWT.

  2. Salam,,sy menyokong sepenuhnya niat baik yang diusahakan oleh Dato Dr. Hassan Ali. Tindakan yang dilakukan dr sebelum ini, sememangnya disokong dan amat dibanggakan,Saya berharap perjuangan ini tidak tersasar sepertimana yang ingin diperjuangkan. Semoga di restui oleh Allah S.W.T.

  3. Assalamualaikum w.b.t..saya brumur 46,prnah mmgang jaw.tim.ketua pnrangn wanita bahgn..Namun, hasil usaha seringkali mdpt tindakn pasif dr ahli bahgn..sdgkn program yg saya kndalikn mndpt reaksi n respon positif dr ahli paRTI.tanpa saya duga pd awal tahun.2000 slepas PRU 1999…smpai SURAT TUNJUK SEBAB..dr pntdbirn pusat PARTI d K.L mndkwa saya telah berpaling tadah kononnya berceramah untuk PARTI LAWAN, tuduhan palsu dan fitnah ini telah mmudarkn prinsip pjuangan saya yg tulus dan ikhlas untuk parti ini..Tepat masanya JATI lahir dalam PERSADA POLITIK MALAYSIA..Di sini, saya dgn lafaz BISMILLAH tidak pernah lupa sebagai hamba-NYA yg memegang kalimah “SYAHADAH” rukun isLam yg pTAMA, yg dilahirkn brbangsa mELAYU di tanah BUMI yg bnama MALAYSIA..Melayu yg mdaulatkn RAJAnya sesekali TIDAK akan mderhaka KERANA…siapalah kita d bumi Allah S.W.T tanpa mgenal JATI DIRI..Hidup tidak b’ERTI tanpa b’bakTI sebelum maTI..Hidup JATI dgn penuh dedikasi di bwah pimpinan Dato’ Dr.Hassan Ali smoga m’dapat NAUNGAN dr-NYA…AMIN..

  4. Salam, Semoga perjuangan mencpai kearah keredahan Allah Swt.

  5. Tahniah YB Dr Hassan Ali di atas pelancaran JATI.
    Sebagaimana diwar-warkan, JATI memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja(IMR). Dasar perjuangan JATI seiras perjuangan UMNO yang memperjuangkan Agama(Islam), Bangsa(Melayu) dan Negara(Malaysia).
    Di atas persamaan dasar ini, saya yakin, JATI akan memperkuatkan lagi KEUTUHAN umat Melayu/Islam. Orang yang angkuh dan sombong boleh berada di mana-mana, baik dalam UMNO, PKR, PAS….tetapi kita perlu tahu membezakan antara kelemahan individu, dengan kemurnian dasar-dasar perjuangan.
    Tahniah JATI, semoga berjaya.

    • Assalamualaikum sahabat ku dan syukur Alhamdulillah dapat menemui semula sdra setelah sekian lama menghilang. Masih ingatkah “Ex Son of Spura”? Saya sedang berusaha memperkuatkan ukhwah Islamiah & Melayu di kalangan ahli-ahli UMNO di tempat saya berpandukan IMR.

      Harap ukwah kita akan terus kekal demi Islam, Melayu & Raja kita. Allah Hu Akhbar!!!

  6. Alhamdulillah JATI telah lahir sebagai wadah menjatidirikan Umat Melayu. Islam yang dijadikan salah satu sendi utama JATI adalah tulang belakang yang memberi warna kepada makna Melayu. Melayu adalah bangsa ciptaan Allah. Melayu yang dtunjangi oleh Islam akan membentuk watak Melayu yang amanah, adil dan bijaksana. Sinergi Islam dan Melayu yang menghasilkan maksud Umat Melayu adalah penting dalam realiti politik di Malaysia. Institusi Raja adalah penanung kepada perkembangan dan kuasa Islam di negeri-negeri. Ianya adalah suatu simbiosis yang memberi erti kepada jatidiri Umat Melayu kerana Melayu tanpa Islam akan membawa kepada kehancuran. Islam yang membentuk pemikiran, budaya dan bahasa bakal membentuk jatidiri yang mampu menjadi teras kepada kelangsungan politik dan pembangunan negara Malaysia.

  7. saya sokong, bila Jati nak ke kalantan kami dah muak dgn pemimpin PAS.

  8. Tahniah di atas penubuhan JATI. Dalam satu ceramah oleh Ustaz Hassan Basri, kalau tak silap saya dia kata JATI adalah untuk Jemaah Aqidah Teras Islam….tiba-tiba, semasa majlis pelancaran JATI, JATI jadi Jalur Tiga. Saya fikir apa yang disebut oleh Ustaz Hassan Basri itu lebih menepati perjuangan sebenar JATI. Lagi pula, ‘tiga jalut’, atau ‘tiga calet’ telah lama dikaitkan dengan PEKIDA.

  9. Dengan kewujudan JATI, saya yakin segala kemungkaran dan kekhlilafan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam dari UMNO, PAS & PKR akan dibersihkan demi Islam, Melayu dan Raja yang berdaulat, Insya Allah,,,,,,,,,,

  10. JALUR TIGA – JATI
    ISLAM – Agama Keselamatan Dan Kesejahteran, pegangan dan anuti serta perbuatan amalan seharian UMAT MANUSIA
    MELAYU – Rumpun Himpunan Bangsa – kami mengelarnya RUKUN NAN TIGA BELAS berdirinya SENDI dan terbina NABI ALLAH ADAM., maka berdiri lah RUKUN SEMBAHYANG NAN TIGA BELAS.
    INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU – Pengenalan Sejarah Tanah Melayu perlu diperbetulkan terlebi dahulu, tidak dicedok dari Kedatangan Parasmeswara ke Melaka , tetapi perlu di ambil dari KERAJAAN KEDAH TUA, GANGGA NEGARA, KERAJAAN ALAM MELAYU SANG HYANG HYUNG – maka barulah JATI – asal usul kita MELAYU itu dapat diketahuI dengan sebenarnya – maka ada JATI DIRI maka tidak berlaku KECELARUAN IDENTITI, sehingga JATI DIRI BANGSA MELAYU tidak diketahu UMUM..Insyaallah dengan kepimpinan yang ikhlas serta bukan ahli politik, KETUANAN MELAYU PERKARA 153, perlu dipertahankan serta di daulatkan semula, semoga RAJA RAJA MEL;AYU, ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA ( Dato Dato Laksamana ) POLIS DIRAJA MALAYSIA ( Dato Dato Hulubalang ), serta JABATAN AGAMA ISLAM, PARA MUFTI, CENDIKIAWAN ISLAM, PARA PEGUAM MUSLIM , PENDAKWAH DAN PENCERAMAH MEMERTABATKAN SYIAR ISLAM,telah mendapat resepi bagi memertabatkan ISLAM, MELAYU DAN ISTITUSI RAJA RAJA MELAYU…kami menyokong ,Keamanan Negara membawa Keberkatan Allah SWT..

  11. Salam,

    Saya menyokong penubuhan Jati yang perpaksikan IMR. Namun terdetik satu pertanyaan dalam hati saya mengenai isi kandungan dalam ceramah2 yang dibuat oleh JATI setakat ini. Apa yang saya perhatikan majoriti isi kandungannya lebih bersifat politik dengan mencemuh dan memaki hamun pakatan pembangkang khususnya PKR dan DAP. Saya cuma ingin bertanya apakah pandangan dan pendirian JATI mengenai UMNO dan rakan perikatannya dalam BN? Sebab bila kita berbicara tentang aqidah Islam misalnya, secara automatik ia merangkumi semua dan bukan hanya khusus kepada parti-parti pembangkang sahaja. Malahan kalau dari segi moral dan aqidahnya, parti2 kerajaan Malaysia juga banyak yang jauh menyimpang dari landasan Islam tapi tidak pernah ditegaskan atau diperbesarkan oleh JATI. Oleh yang demikian, saya menjadi agak keliru dengan penubuhan JATI ini sendiri. Apakah JATI benar2 sebuah NGO yang ikhlas berjuang atas prinsip IMR atau hanya sekadar sebuah lagi NGO yang menjadi alat parti pemerintah untuk menagih undi.. sekian.

  12. Kami bersetuju dengan Dr Hasan Ali sikap pemimpin parasit dalam PAS merugikan bangsa Melayu. Mereka terlalu menjaga hati puak kafir tanpa penduli kesannya kepada bangsa Melayu. Contohnya isu kuil Hindu yang kami percaya YB Dr Hasan tahu masalah penduduk Seksyen 19. Semasa penduduk pindah kuil itu kecil digunakan oleh penduduk setinggan dekat jalan kereta api. Tidak ada air dan elektrik disitu. PKNS berjanji kuil akan dipindahkan kerana kawasan itu tapak rumah 16 unit. Selepas setinggan dipindahkan tahun 2005 penduduk kawasan lain aktifkan kuil itu. Bekalan air dan elektrik dimasukkan, kuil dibesar tanpa permit PBT. Aduan dibuat kepada pelbagai pihak kerana aktiviti kuil sering mengganggu ketenteraman awam. Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Seksyen 22. Mad Sabu Timb Presiden PAS duduk tidak jauh dari kuil itu pasti tahu masalah penduduk Seksyen 19. Tetapi pemindahan kuil dibatalkan oleh PR selepas Mac 2008 atas alasan tapak itu jauh dikawasan kilang. Sepatutnya wakil rakyat Islam prihatin selesaikan masalah penduduk Islam tetapi pihak kuil pula yang disokong. Pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah. Pada 26/07/2008 gangguan terburuk berlaku bila mereka adakan perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk waktu tengah malam. Penduduk tegur bising diugut bunuh. Aduan demi aduan kepada pihak berkuasa, perjumpaan dengan wakil rakyat sudah dibuat tetapi tiada tindakan malah gangguan semakin kronik pada akhir tahun 2008. Rumah penduduk, tanda jalan diconteng kumpulan gangster 303, kawasan penduduk menjadi tempat pemuda Hindu merempit, bising, minum dan mabuk, gangguan bising kuil semakin menjadi-jadi dan bilik kuil dibesarkan lagi. Penduduk minta bantuan luar. NGO segera datang membantu tetapi kedatangan mereka diserang Khalid Samad pada 08/01/2009. Depan mata penduduk dia membela Hindu kuil. NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengurangkan pelbagai masalah dihadapi penduduk. Pada 10/01/2009 Khalid Samad tulis dalam blog tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu, dikaitkan kerana PRK Kuala Terengganu. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Mei 2009 PR bersetuju pindahkan kuil ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 buat bantahan tidak mahu kuil besar dekat kawasan mereka, tetapi pemimpin tidak peduli bantahan penduduk malah tapak kuil satu ekar siap dipagar. MB bertegas mahu bina kuil disitu. Tidakkah pemimpin Islam sedar apa yang berlaku kepada penduduk Seksyen 19 boleh berlaku di Seksyen 23?. Kenapa media PR tidak bersimpati kepada penduduk Seksyen 19 dan Seksyen 23 dalam isu kuil itu?. Kenapa media PR tidak siasat masalah sebenar berlaku kepada penduduk Seksyen 19?. Bila ada bantahan mesti dikaitkan UMNO. Pada 28/08/2009 demo kepala lembu di SUK jadi kecuh satu dunia konon hina agama Hindu. 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. MB Selangor minta maaf kepada penganut Hindu kerana isu kepala lembu amat sensitif kepada mereka. Pada 30/09/2009 risalah isu pemindahan kuil diterbitkan kerajaan Selangor yang menulis fakta lebih memihak Hindu kuil. NGO Islam yang membantu penduduk Islam dituduh ada agenda politik dan menimbulkan isu perkauman. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu? Kenapa pemimpin tidak bersikap adil tidak menjaga sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19 dan Seksyen 23? Mereka tutup kesilapan pemimpin mereka dengan menuding jari kepada UMNO. Cabaran bukan sahaja dari puak kuil tetapi dari pemimpin Islam sendiri. Walaupun kuil sudah dipindahkan Februari 2012, penduduk sudah tidak percaya lagi pemimpin PR dapat membela IMR. Penduduk terpaksa melalui pelbagai risiko dan gangguan yang berlanjutan kerana penyelesaian isu kuil telah memakan masa yang panjang Dalam isu serbuan gereja DUMC juga MB Selangor minta maaf kepada gereja tetapi Exco Agama di ambil tindakan. Kita bersimpati YB Dr Hasan yang terpaksa menghadapi pelbagai cabaran pahit untuk mempertahankan akidah umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*