12:43 am - Sunday May 20, 2012

Respons Kepada Mantan Mufti : Tok Jan

Tok Jan tertarik dengan tulisan SS mantan mufti yang semakin giat mempersoal apakah hukumnya memperjuangkan bangsa. Beliau juga mempersoalkan apakah benar atau tidak terdapat kes-kes murtad sepertimana yg didakwa oleh Dato’ Hasan Ali. Dakwaan Dato’ Hasan Ali ini menurut beliau boleh menjadi suatu hal yang boleh membahayakan dalam suasana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Memang islam tidak membenarkan ketaksuban yang melampau terhadap sukubangsa kerana islam itu diturunkan untuk semua umat manusia di dunia ini.
Tetapi soal ketaksuban melampau tidak wujud di negara ini. Semua kaum mendapat hak yang sama kecuali dan orang melayu serta bumiputera hanya dilindungi hak mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ulamak Muda ini terlalu ingin hak samarata diberi kepada semua rakyat Malaysia dan gagal melihat sejarah dan proses pembentukan Malaysia.
Beliau perlu membuktikan apakah semangat assabiyyah dan ketaksuban itu berlaku di negara ini dan apa buktinya? Sedangkan dasar DEB yang dilaksanakan puluhan tahun dulu masih gagal dicapai oleh umat melayu dan kini apakah kita bersedia untuk melepaskan hak-hak kita ? Apabila biasiswa ditarik dan diganti dengan pinjaman, itu pun dah merisaukan umat melayu. Apakah kita bersedia untuk mengagih-agihkan tanah rizab melayu kepada kaum lain? Apakah selama ini kaum-kaum lain tertindas dan dizalimi? Berapa banyak hasil bumi ini telah dikongsi secara bebasnya dengan kaum-kaum yg lain selama ini? Tidak cukupkah lagi penguasaan ekonomi bukan melayu ? Apakah mereka dihalang untuk berniaga dan menimbun kekayaan milik mereka? Pernahkah harta-benda milik kaum lain dirampas dan diberikan kepada umat melayu?
Apa sebenarnya yag dimahukan oleh Ustaz muda ini? Apakah bahtera perubahan yang mahu dibawa oleh beliau dan kemanakah hala tuju perjuangan beliau sebenarnya?
Beliau juga begitu ‘cynical’ terhadap usaha pembanterasan gejala murtad selama ini. Apakah beliau mengizinkan anak-anak kita dibaptis dan didakyah sedangkan beliau juga tahu bahawa gerakan kristianisasi ini dijalankan secara halus dan licik tetapi berkesan dengan adanya bukti dan program yang berjaya di kesan oleh pihak berkuasa ugama. Kalau pun beliau tidak berminat dengan isu murtad dan mahu meraikan agama kaum-kaum yang lain itu hak beliau. Tetapi jangan perlekehkan hasil kerja orang lain.
Perpecahan umat melayu melalui fahaman yang dibawa oleh beliau telah banyak meluka dan mencalar hati umat islam di negara ini.
Beliau boleh berbangga dengan peluang mengajar di Oxford dan berbangga dengan kerusi itu. Tetapi tidak ada hikmahnya memecahbelah perpaduan dan kefahaman umat islam yang telah sedia ada.
Islam itu agama yang penuh dengan kasih-sayang dan damai. Sambutlah salam perdamaian dan mari duduk semeja mencari jalan bagi melonjak kemerlangan umat melayu islam ke arah yang lebih tinggi. Idea dan usaha akan lebih terarah dan berkesan kalau hati-hati kita ini dapat disatukan.
Duhai umat melayu!

Sambutlah salam Perdamaian dan kita bina negara ini melalui peradaban dan nilai seperti yang di ajar oleh Allah SWT dan RasulNya.

 

Tok Jan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Filed in: Warkah

No comments yet.

Leave a Reply