KUALA LUMPUR – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali hari ini mengemukakan tiga syarat sebelum isu penggunaan kalimah ALLAH boleh dimatikan.

Antara syarat ditetapkan Hasan ialah mereka yang mengusulkan agar kalimah ALLAH diizin pakai dalam Bible versi bahasa Melayu mesti bersedia mematuhi peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen-enakmen Negeri yang telah dikeluarkan berhubung isu itu.

Beliau turut menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang menimbulkan semula isu tersebut supaya menarik balik gesaan beliau dan memohon maaf secara terbuka.

“Ternyata gesaan beliau itu telah menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara kita,” kata Hasan dalam satu kenyataan di sini.

Syarat ketiga menurut Hasan adalah semua pihak perlu menghormati keputusan Majlis Syura Pas dan Majlis Fatwa yang telah dikeluarkan sebelum ini di peringkat Persekutuan dan Negeri mengenai penggunaan kalimah ALLAH.

“Saya menganggap selagi ketiga-tiga perkara di atas tidak dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran selagi itulah isu ini dan lain-lain isu yang berkaitan dengan agama khususnya Islam akan dijadikan modal politik yang akan terus dipolemikkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hasan turut menempelak PKR dan DAP yang sehingga kini belum mengeluarkan kenyataan rasmi atau respons berhubung keputusan dibuat Majlis Syura Pas.

a

“Sekiranya pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tersebut mendiamkan diri maka tidak salah bagi rakyat membuat anggapan bahawa sikap sedemikianlah yang akan terus diambil oleh mereka dalam hal-hal seperti ini sekiranya mereka berjaya ke Putrajaya seperti yang diigau-igaukan itu,” katanya.

Sementara itu Kongres India Muslim mahu perbuatan mencampuri urusan agama Islam oleh pihak lain sehingga mencetuskan kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum dihentikan segera.

Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, isu itu sekiranya terus digembar-gemburkan akan mengeruhkan hubungan dengan kaum lain dan menggugat keamanan masyarakat setempat. – Bernama

best canadian online casino

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*