FORUM SEMPENA MAAL HIJRAH 1434H MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengadakan Forum Sempena Maal Hijrah 1434H. Tajuk Forum “Organisasi Amanah Unggul dan Diberkati Untuk Mengangkat Martabat Bangsa”. Forum berkenaan telah diadakan pada 22hb November 2012 di Dewan Utama, Menara MARA, Kuala Lumpur.

Ahli panel terdiri daripada Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, TNC, Akademik dan Antarabangsa, UKM dan Ustaz Wan Sohor Bin Bani Leman, Pensyarah UIA, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah telah mempengerusikan forum tersebut.

Hampir 1,000 orang pegawai dan kakitangan MARA menghadiri program ini. Mengikut cadangan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, program yang sama akan dibawa ke peringkat zon meliputi Sabah dan Sarawak.

Mereka yang hadir telah mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Ahli-ahli panel telah memberikan respons kepada soalan-soalan yang dikemukakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tags: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*